Jenama

Jenama elementary adalah unik: secara teknikal ia merupakan hak milik elementary LLC., syarikat yang membimbing dan menyokong pembangunan produk elementary. Walaubagaimanapun, kami mempunyai komuniti yang hebat dan tidak mahu memberatkan mereka dengan perundangan serta perihal teknikalnya. Oleh itu, kami menyediakan beberapa panduan agar ia mudah difahami dan seterusnya dapat mengetahui bila dan bagaimana jenama elementary boleh digunakan.

Nama

Perkataan "elementary" merujuk kepada dan juga merupakan tanda dagangan elementary LLC. elementary perlu ditulis dengan huruf kecil, walaupun pada permulaan ayat. Ia juga digunakan degan nama produk (seperti "elementary OS") bagi merujuk kepada produk elementary yang tertentu.

Tanda Jenama

elementary memiliki dua tanda: logotip "elementary" dan tanda logo "e". Kedua-duanya merupakan tanda dagangan dan juga mewakili elementary - syarikat - dan produk-produknya.

Kedua-duanya patut digunakan dengan syarat-syarat berikut:

Logotip

Logotip elementary

Logotip yang digunakan bila ada ruang yang menunjukkan syarikat elementary. Ia boleh digunakan sebelum nama produk atau merujuk pada produk khusus elementary.

Logotip sepatutnya digunakan dengan garis panduan berikut:

Tanda Logo

Tanda Logo elementary

Tanda logo "e" digunakan untuk menunjukkan syarikat elementary bila terdapat kekangan ruang atau nisbah petak perlu dipenuhi.

Warna

elementary menggalakkan penggunaan warna yang digabungkan dengan nama dan tanda kami untuk menonjolkan jenama kami. Kami gunakan palet berikut:

Bluberi
3892e0
Strawberi
da4d45
Oren
f37329
Pisang
fbd25d
Limau
93d844
Anggur
8a4ebf
Putih
ffffff
Hitam
333333

Fon

Untuk sesawang dan cetakan, kami gunakan Raleway sebagai tajuk dan Open Sans untuk isi kandungan. Manakala bagi blok kod, kami gunakan Roboto Mono.

Pihak Ketiga & Komuniti

Kami galakkan pembangun pihak ketiga yang mencipta produk untuk elementary OS menerima pakai beberapa elemen dalam jenama elementary supaya dapat mencapai keseragaman:

  • Warna
  • Fon
  • Suara/nada

Walaubagaimanapun, untuk menghindari kekeliruan pengguna, kami menghadkan penggunaan pada nama dan tanda elementary sahaja:

  • Anda digalakkan menyatakan apl atau perkhidmatan anda direka khas untuk elementary OS, tetapi jangan gunakan nama atau tanda elementary sebagai sebahagian daripada nama syarikat, aplikasi, produk, perkhidmatan anda, atau dalam mana-mana logo yang anda telah cipta.
  • Hanya gunakan nama atau tanda elementary untuk merujuk kepada elementary LLC. atau produknya (seperti elementary OS).

Komuniti

Produk komuniti (laman, fan club, dll.) digalakkan menggunakan logo komuniti elementary:

Logo Komuniti elementary dengan warna Logo Komuniti elementary warna hitam

Ini membantu membina produk itu sebagai sebahagian daripada komuniti elementary sambil mengurangkan kekeliruan yang mungkin timbul akibat penggunaan logo utama.

Distributor Hardware

Kami mahu memastikan pengalaman pengguna akan konsisten selagi mana software kami menggunakan penjenamaan elementary, tidak kira sama ada ia dimuat turun dari laman web kami atau pre-pasang di hardware.

Komponen software elementary OS boleh diubah suai dan diedarkan semula mengikut terma lesen software tersebut. Bagaimanapun, jenama kami hanya boleh diedarkan semula dengan syarat-syarat berikut:

  1. Software tersebut kekal tidak diubah, termasuk aplikasi-aplikasi yang dipra-pasang, Stylesheet dan Ikonografi, fail-fail konfigurasi, dll., atau
  2. Ubahsuai tersebut dibenarkan secara bertulis dari pihak elementary.

Kami faham kepentingan inklusi pemacu, pendayaan hardware dan penjenamaan pengedar adalah penting buat pengedar-pengedar. Oleh itu, pengubahsuaian tersebut akan hampir selalu dibenarkan. Jika ragu-ragu boleh kirim email ke [email protected] untuk klarifikasi dan panduan.

Jika anda tidak mampu atau tidak mahu untuk mematuhi aturan pengedaran semula ini, proses membuang penjenamaan elementary daripada OS adalah mudah:

  1. Ubah baris code DISTRIB_DESCRIPTION dalam fail /etc/lsb-release untuk mengecualikan penjenamaan kami.
  2. Ganti ikonografi seperti ikon distributor-logo di /usr/share/icons/elementary/places/ untuk setiap saiz supaya ikon asal tidak lagi digunakan dalam OS.
  3. Buang pakej plymouth-theme-elementary dan plymouth-theme-elementary-text.

Dagangan

Kami tidak membenarkan jenama kami (termasuklah nama atau tanda jenama kami) digunakan pada dagangan pihak ketiga.

Aset & Info lebih lanjut

Muat turun di GitHub

Untuk maklumat lanjut berkenaan penggunaan nama elementary, penjenamaan, dan tanda dagangan, sila emel [email protected].