Pemasangan

Muat turun elementary OS

Jika anda masih belum ada, anda perlu muat turun elementary OS daripada laman sesawang kami. Anda perlukan salin fail ISO ke dalam pemacu pena USB melalui arahan yang dinyatakan di bawah.

Sandar Data Anda

Pastikan anda menyandar data penting ke dalam lokasi luaran seperti perkhidmatan awan atau pemacu cakera keras luaran. Pemasangan sistem pengoperasian baharu mungkin menulis-ganti data sedia ada anda.

Pilih Sistem Pengoperasian semasa anda

Pilih sistem pengoperasian yang sedang digunakan untuk melihat arahan pemasangan tempahan.


Mencipta Pemacu Pemasangan

Anda perlukan pemacu pena USB dengan ruang bebas sekurang-kurangnya 2 GB dan program yang dikenali sebagai Rufus.

Muat Turun Rufus

Rufus - pilih ISO

  1. Buka Rufus
  2. Palamkan pemacu pena USB anda dan pilih ia di dalam senarai "Device"
  3. Pilih "ISO Image" di sebelah dengan "Create a bootable disk using..."
  4. Klik ikon cakera untuk memilih ISO yang telah dimuat turun sebelum ini.
  5. Kami telah janakan hasil tambah semak (atau hasil tambah cincangan) untuk imej elementary OS supaya anda dapat sahkan fail yang dimuat turun. Ia memastikan anda menerima muat turun yang lengkap dan imej pemasangan anda tidak rosak. Klik butang # pada palang status dan sahkan teks bersebelahan "SHA256" sepadan dengan cincangan berikut:

    8035e0a2fbc977d931af22dcefb77ed6fe87815d89188a43e2cb345f13e629cf
  6. Jika cincangan sepadan, klik "Start" dan tunggu sehingga proses selesai.

Membut dari Pemacu Pemasangan

Untuk memulakan proses pemasangan, anda mesti but komputer anda menerusi pemacu pemasangan.

  • Dengan mengganggap komputer anda masih hidup, palamkan pemacu pemasangan anda dan mulakan semula komputer anda.
  • Kebanyakan komputer membenarkan anda ubah tertib but dengan hanya menekan kekunci khas — biasanya F12, tetapi kadangkala Esc atau lain-lain kekunci fungsi. Sila rujuk skrin atau dokumentasi komputer anda untuk kepastian.
  • Tekan F12 (atau kekunci berkenaan) dan pilih pemacu pemasangan—biasanya "USB-HDD" atau sesuatu yang mengandungi perkataan "USB", walaubagaimanapun perkataan mungkin berbeza. Jika anda pilih pemacu yang salah, komputer anda terus but seperti biasa. Hanya mulakan semula komputer anda dan pilih pemacu lain di dalam menu tersebut.
  • Selepas memilih pemacu but yang betul, anda dapati skrin percikan elementary OS muncul. Sekarang, anda boleh ikuti arahan atas-skrin yang akan memandu anda menelusuri langkah berikutnya.

Sahkan Muat Turun anda

Pengesahan muat turun anda adalah penting, tetapi ia adalah pilihan. Kami janakan hasil tambah semak (atau hasil tambah cincangan) untuk imej elementary OS dan kami sarankan anda mengesahkan sama ada muat turun anda sepadan dengan hasil tambah semak sebelum melakukan pemasangan. Ia memastikan anda menerima muat turun yang lengkap dan imej pemasangan anda tidak rosak.

Menjalankan perintah berikut di dalam Terminal anda:

shasum -a 256 ~/Downloads/elementaryos-0.4-stable-amd64.20160921.iso

Sepatutnya menghasilkan output:

8035e0a2fbc977d931af22dcefb77ed6fe87815d89188a43e2cb345f13e629cf

Perhatian: Dengan menganggap anda telah memuat turun fail .iso ke dalam folder Muat Turun anda. Jika anda memuat turunnya di lokasi lain, sila nyatakan laluan yang betul ke fail muat turun tersebut, seperti di bawah

shasum -a 256 <path to the downloaded folder>/elementaryos-0.4-stable-amd64.20160921.iso

Mencipta Pemacu Pemasangan

Untuk mencipta pemacu pemasangan elementary OS di dalam macOS anda perlukan sebuah pemacu pena USB dengan kapasiti sekurang-kurangnya 2 GB dan sebuah apl yang dikenali sebagau "Etcher".

Muat Turun Etcher

  1. Palamkan pemacu pena USB, dan pilih fail ISO yang baru sahaja dimuat turun.
  2. Buka "Etcher" dan pilih fail imej elementary OS yang dimuat turun menggunakan butang "Select image".

    Pilih imej di dalam Etcher

  3. Etcher sepatutnya mengesan pemacu pena USB anda secara automatik, tetapi periksa sama ada ia memilih sasaran yang betul.
  4. Mulakan proses flash dengan mengklik butang "Flash!". Ia mengambil sedikit masa untuk dimulakan.

    Flash imej di dalam Etcher

  5. Bila selesai adalah selamat menanggalkan pemacu dan cuba but untuk memasang elementary OS.

    Flash imej di dalam Etcher

Dialog berikut akan muncul ketika proses flash, maka adalah selamat untuk diabaikan.

Amaran tidak boleh baca

Membut dari Pemacu Pemasangan

Untuk memulakan proses pemasangan, anda mesti but komputer anda menerusi pemacu pemasangan.

  • Dengan mengganggap komputer anda masih hidup, palamkan pemacu pemasangan anda dan mulakan semula komputer anda.
  • Selepas anda mendengar bunyi loceng, tekan dan tahan Option. Kemudian, pilih pemacu but yang berkaitan. Perhatian, ia mungkin tersalah kesan sebagai "Windows", tetapi ia adalah perkara biasa.
  • Selepas memilih pemacu but yang betul, anda dapati skrin percikan elementary OS muncul. Sekarang, anda boleh ikuti arahan atas-skrin yang akan memandu anda menelusuri langkah berikutnya.

Ralat But

Jika Mac tidak mengenalpasti Pemacu Pemasangan USB elementary OS anda di dalam menu but, anda mungkin perlu cipta DVD Pemasangan elementary OS sebagai ganti. Untuk membuatnya, sisipkan DVD kosong, klik kanan pada fail ISO di dalam Finder, dan pilih "Burn elementaryos-0.4-stable-amd64.20160921.iso to Disc". Bila selesai, cuba but sekali lagi menerusi DVD.

Sahkan Muat Turun anda

Pengesahan muat turun anda adalah penting, tetapi ia adalah pilihan. Kami janakan hasil tambah semak (atau hasil tambah cincangan) untuk imej elementary OS dan kami sarankan anda mengesahkan sama ada muat turun anda sepadan dengan hasil tambah semak sebelum melakukan pemasangan. Ia memastikan anda menerima muat turun yang lengkap dan imej pemasangan anda tidak rosak.

Menjalankan perintah berikut di dalam Terminal anda:

sha256sum elementaryos-0.4-stable-amd64.20160921.iso

sepatutnya menghasilkan output:

8035e0a2fbc977d931af22dcefb77ed6fe87815d89188a43e2cb345f13e629cf

Mencipta Pemacu Pemasangan

Anda perlukan pemacu pena USB dengan ruang bebas sekurang-kurangnya 2 GB dan program yang dikenali sebagai UNetbootin.

Muat Turun UNetbootin

  1. Buka UNetbootin menerusi Pemuka. Akan terbuka satu tetingkap seperti di bawah:

    UNetbootin

  2. Pilih "Diskimage"
  3. Klik "…" untuk memilih ISO yang telah dimuat turun sebelum ini.
  4. Tanggalkan semua pemacu pena USB kecuali yang anda mahu gunakan.
  5. Klik "OK" dan tunggu sehingga proses selesai.

Membut dari Pemacu Pemasangan

Untuk memulakan proses pemasangan, anda mesti but komputer anda menerusi pemacu pemasangan.

  • Dengan mengganggap komputer anda masih hidup, palamkan pemacu pemasangan anda dan mulakan semula komputer anda.
  • Kebanyakan komputer membenarkan anda ubah tertib but dengan hanya menekan kekunci khas — biasanya F12, tetapi kadangkala Esc atau lain-lain kekunci fungsi. Sila rujuk skrin atau dokumentasi komputer anda untuk kepastian.
  • Tekan F12 (atau kekunci berkenaan) dan pilih pemacu pemasangan—biasanya "USB-HDD" atau sesuatu yang mengandungi perkataan "USB", walaubagaimanapun perkataan mungkin berbeza. Jika anda pilih pemacu yang salah, komputer anda terus but seperti biasa. Hanya mulakan semula komputer anda dan pilih pemacu lain di dalam menu tersebut.
  • Selepas memilih pemacu but yang betul, anda dapati skrin percikan elementary OS muncul. Sekarang, anda boleh ikuti arahan atas-skrin yang akan memandu anda menelusuri langkah berikutnya.

Selepas Pemasangan

Ambil sedikit masa membaca panduan membiasakan diri untuk mengetahui perihal sistem pengoperasian baharu anda.