Dasar Kerahsiaan

Jangan Jejak

Laman ini menghormati tetapan jangan-jejak yang ada dalam kebanyakan pelayar modern dan lumpuhkan Google Analytics bila ia hadir. Kami tidak dapat membuang lain-lain kaedah penjejakan tanpa menjejaskan penggunaan pada laman ini. Sekiranya anda mahu mengurus kaedah penjejakan secara manual, rujuk ke seksyen melumpuhkan kuki.

Kuki

Anda boleh pilih untuk lumpuhkan atau matikan kuki atau kuki pihak ketiga secara terpilih di dalam tetapan pelayar anda.

Laman ini menggunakan kuki untuk penambahbaikan berterusan. Anda dapati perkhidmatan boleh berfungsi tanpanya tetapi dengan kebolehgunaan yang amat terhad. Sebagai contoh, laman sesawang tidak dapat mengingati jika anda sebelum ini telah membeli elementary OS; ia akan meminta anda membayarnya sekali lagi.

CloudFlare

Simpan kuki untuk logkan elemen berkelakuan dan analisis ancaman yang mungkin hadir. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Dasar Keselamatan & Kerahsiaan CloudFlare

Google Analytics

Simpan kuki untuk mengutip maklumat—termasuklah bilangan pelawat laman ini, lokasi mereka, dan halaman tertentu yang mereka lawati—semuanya secara awanama. Dengan maklumat ini, kami dapat gunakan untuk menambahbaik laman ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Melindungi Data Anda

Stripe

Gunakan kuki untuk mengingati arahan terakhir dan negara anda supaya ia tahu apakah jenis kad yang ditawarkan untuk pembayaran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Dasar Kerahsiaan Stripe

Urus Kuki

Anda anda telah melawati laman kami, anda mungkin mahu mengurus kuki yang telah ditetapkan dalam pelayar anda. Pautan ke arahan berkenaan boleh didapati di bawah.

Google Chrome

Chrome

Edge

Edge

Epiphany

Epiphany

Firefox

Firefox

Internet Explorer

IE

Midori

Midori

Opera

Opera

Safari

Safari

Ketelusan

Kami tidak letak mana-mana pintu belakang di sebalik perisian kami dan tidak menerima mana-mana permintaan untuk melakukannya. Kami juga tidak sesekali menerima Surat daripada National Security, FISA atau lain-lain permintaan sulit untuk meminta maklumat pengguna.